MEMANG ilmu keibubapaan amat penting. Namun ramai yang tidak
menyedari bahawa kemahiran ini perlu disesuaikan dengan situasi terkini
supaya ibu bapa tahu pendekatan terbaik untuk mendidik anak-anak.
Ini berikutan isu pengabaian, penderaan, penganiayaan emosi semakin
menular dalam kalangan remaja hari ini menjadi satu situasi yang amat
membimbangkan.
Perkara ini diakui oleh Pakar Keluarga dan Kasih-Sayang, Profesor Dr. Rozieta Shaary yang lebih suka dikenali sebagai Ibu Rose.
Menurut Ibu Rose, beliau sendiri baru saja saja menonton video
tentang sekumpulan remaja di Amerika Syarikat yang menumbuk orang yang
lalu lalang seperti dalam permainan video Knock-Out tanpa rasa simpati.
"Ini jelas menunjukkan remaja di negara tersebut semakin terhakis
nilai-nilai murni. Mangsa diperlakukan sesuka hati mungkin dengan niat
si pelakunya sengaja ingin menunjukkan kehebatan kepada rakan-rakan
lain.
"Sebenarnya jika dikaji pengabaian terhadap perlakuan remaja itu
sendiri sebenarnya telah bermula sejak mereka kecil. Kekangan masa ibu
bapa dengan anak-anak, anak dihantar ke pusat asuhan yang tidak
mementingkan pendidikan positif dan tidak menggunakan masa berkualiti
dengan anak-anak dikenal pasti antara puncanya.
"Sebenarnya untuk membesarkan anak-anak memerlukan bukan hanya ibu bapa malah komuniti juga," katanya.
Menurut Ibu Rose, ilmu dan kemahiran keibubapaan perlu digunakan
sejak dari anak itu kecil dengan mengajar nilai dan prinsip murni kepada
anak-anak menerusi contoh teladan yang baik.
"Situasi anak-anak memaki hamun ibu bapa memanglah tidak berlaku
sewaktu anak itu kecil. Tetapi sama ada kita sedar atau tidak ramai ibu
bapa gagal membina emosi dan akal anak dengan baik. Lantaran anak yang
dilahir hebat tersasar menjadi sampah masyarakat.
Sumber : Utusan Malaysia
Coretan Tanpa Sempadan
~Umi Ann~
No comments:
Post a Comment