Arwah Ibu

4Sept iaitu hari Isnin, genap 3 tahun arwah ibu pergi buat selama-lamanya..


Rindu sangat-sangat..sangat-sangat.

Bila terpandang akan kehidupan mereka yang sempurna dengan adanya ibu dan ayah, terasa cemburu dan tercalit kesedihan yang sukar diungkap.

Tak sama bila adanya seorang ibu di sisi dengan tiada..lain rasanya.

Whateverpun, hidup perlu diteruskan kerana banyak lagi manfaat yang perlu diberi dan dikongsi sebagai bekalan saham akhirat aku di sana.

Tapi aku tetap bersyukur kerana sekurang-kurangnya Allah telah mengajar aku untuk terus kuat menghadapi kehidupan di hari-hari mendatang dan kekuatan ini akan aku salurkan buat anak-anak.

Ibu..Ann sentiasa mendoakan ibu tenang dan aman di sana.

Ann sentiasa berdoa pada Allah agar apa yang Ann laburkan, Ann taburkan sekarang ini, menjadi pahala buat ibu di sana.

Doa Ann sentiasa mengiringi ibu sampai akhir hayat Ann.

Alfatihah buat Hajah Ramlah bte Haji Ahmad. Semoga kita berjumpa semula di dunia abadi...in shaa Allah.


Coretan Tanpa Sempadan,
~Umi Ann~




No comments:

Post a Comment