Petua biasakan anak tak ganggu solat dikongsi oleh Prof Dr Fadhilah Zahiyah
Sebelum solat,pegang ubun2 anak dan selawat, takbir perlahan dan kucup dahi dia sambil beritahu
"Mama nak solat, mama nak doa pada Allah agar kita satu keluarga selamat, dilimpahi rahmat dan rezekiNYA yg luas dan diampunkan segala dosa."
Habis solat, selepas salam terakhir, kucup dahinya sekali lagi dan ucap terima kasih sebab tak ganggu solat kita.
Bila berdoa baca kuat2, tak kisah dalam bahasa apa pun. Percayalah dalam dia belum tahu bercakap, dia turut mendoakan kita dan jgn terkejut kerana doanya jauh lebih makbul drp kita yg byk dosa ini
Anak bukan alasan lengahkan solat
Anak adalah anugerah
Anak sumber pahala
Anak tiket ke syurga
Coretan Tanpa Sempadan
~Umi Ann~
No comments:
Post a Comment