Segalanya Tentang Cinta..
Majlis Ilmu Dr Zubaidi Hj Ahmad
Pada 28 Mac 2018, saya berkesempatan untuk hadir ke majlis ilmu bersama Dr Zubaidi Hj Ahmad tentang Kolestrol dan Minyak Zaitun.
Sedikit perkongsian yang dapat dibuat di sini buat tatapan semua.
Apa itu KOLESTROL?
Kolestrol adalah sebatian bar minyak yang didapati dalam setiap sel ditubuh kita. Kita perlukan untuk membuat hormon dan membantu penyerapan nutrien terutama Vitamin A, D, E, K.
Banyak didapati dari makanan berasaskan haiwan seperti kuning telur, daging merah dan keju.
Terlalu banyak kolestrol bersama dengan sebatian lain akan menyebabkan 'plagne' yang melekat pada dinding saluran darah arteri.
Proses ini dinamakan 'atherosclerosis' yang akan menyebabkan masalah 'corony artery disease' dan akhirnya menyebabkan serangan jantung.
Jika ingin DETOX :
1. Perlu hentikan segala makanan yang tidak berkhasiat. Dalam erti kata lain, kena PANTANG.
2. Minum air yang cukup untuk proses keluarkan toksin.
3. Makan suplemen berasaskan makanan seperti Delima, Oren, Epal Hijau.
Info - digalakkan makan ikan laut kerana ikan laut makan secara natural (ia bebas untuk mencari makanan dan tidak terhad pada satu kawasan yang kecil) dan daging ikan-ikan laut penuh protien yang baik berbanding ikan kolam.
Info - digalakkan makan ayam kampung dan ayam yang tidak diletakkan dalam reban. Ayam yang duduk dalam reban tidak bebas mencari makanan dan terhad/tertumpu pada satu kawasan kecil sahaja.
Tidak digalakkan makan ayam biasa (bukan ayam kampung) yang dicucuk (injection) kerana ia boleh menyebabkan mandul.
Bagi mereka yang mempunyai KENCING MANIS dan KOLESTROL yang tinggi, elakkan amal makan/minum beras putih, gula putih dan tepung gandum.
Gula putih seeloknya tukar kepada STEVIA kerana stevia ZERO kalori dan sebab apa stevia?
Kerana untuk melatih lidah untuk tidak lebih merasa manis yang melampau.
Antara kelebihan banyak makan sayur-sayuran, ialah :
1. Menurunkan GULA
2. Menurunkan KOLESTROL
3. Mengurangkan KANSER
Dan sebab apa terjadinya KANSER?
Antaranya, kurang makan sayur dan banyak makan ayam.
Info - Kalau lapar, ketika sarapan, kurangkan makanan manis-manis. Kalau ambil makanan yang manis-manis, gula akan naik dengan cepat, insulin akan keluar dengan banyak dan menyebabkan kita cepat lapar.
Kelebihan MINYAK ZAITUN.
1. Dapat mengurangkan KOLESTROL.
2. Dapat menstabilkan GULA dalam darah.
Antara makanan/minuman yang boleh mengundang penyakit :
1. Teh tarik - susu yang manis akan menyebabkan gula tinggi dan elakkan ambil teh yang tinggi pewarnanya.
2. Sosej - akan menyebabkan kanser darah, leukimia kerana mengandungi pewarna, pengawet dan perasa yang tinggi.
3. Air Coke - gula yang sangat tinggi
4. Sardin/Makanan dalam Tin - makanan jenis tak natural (makanan proses)
5. Jajan - bahan perasa, garam, pewarna yang tinggi.
Makanlah suplemen banyak dan bagus macam mana pun, kalau tak jaga pemakanan, kolestrol tetap tidak akan turun dan banyakkan makan makanan yang natural (bukan fast food, bukan makanan yang diproses, dll)
Akhir sekali, perlu ingat :
1. Apa yang perlu kita makan
2. Apa yang perlu kita tambah
3. Apa yang perlu kita buang
Semoga ia memberi manfaat pada semua.
Coretan Tanpa Sempadan
~Umi Ann~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment