Bertungku Bukan Amalan Tradisional Yang Hanya Bagus Ketika Wanita Dalam Pantang

Tahukah anda yang amalan bertungku ini bukan saja bagus untuk diamalkan ketika berpantang saja? Ha.. ini rupanya cara yang betul dan faedah bertungku.

Kalau bercerita tentang amalan tradisional dalam berpantang memang tidak akan habis. Sungguh banyak warisan yang diturunkan! Tapi tahukah anda yang amalan bertungku ini amat bagus untuk dilakukan selepas bersalin?

Malah, amalan tradisional ini bukan saja untuk proses dalam pantang. Ia juga boleh diamalkan oleh mereka yang bukan baru bersalin!

Bertungku selepas bersalin itu apa? 

Bertungku ialah salah satu amalan tradisional yang biasa kita dengar semasa seseorang itu dalam tempoh berpantang. Ia dilakukan apabila objek yang panas beserta herba di letakkan di bahagian tertentu badan.
Antara alat yang digunakan untuk bertungku ialah batu sungai, besi bertungku, dan bantal elektrik (tungku moden). Alat ini akan dipanaskan sebelum dibalut dengan kain untuk dituam ke bahagian tertentu badan.

Bagaimana cara bertungku dengan betul?

Selalunya, bertungku dimulakan dengan memanaskan alat yang akan dipilih untuk dipanaskan tadi. Kemudian ia akan dibalut dengan daun-daun herba seperti sireh sebelum ia dibalut dengan kain pula.
Alat tungku yang panas tadi akan dituam ke bahagian badan dalam tempoh 40 minit hingga satu jam, sehingga alat tersebut menjadi semakin sejuk.
Bahagian yang disarankan untuk dituam ialah:
  • bahagian peranakan
  • bahagian keliling payudara
  • bahagian tengkuk
  • bahagian belakang pinggang

Kelebihan amalan tradisional yang bukan untuk wanita selepas bersalin saja!


Bertungku merupakan amalan tradisional yang memang popular dengan pelbagai manfaat. Salah satu kelebihan amalan ini adalah ia memang bagus untuk wanita selepas bersalin untuk mengecutkan rahim dan melancarkan perjalanan darah untuk mengeluarkan darah kotor.


Sebab itulah wanita di dalam pantang rata-ratanya akan mengamalkan amalan ini dalam tempoh berpantang mereka.

Selain itu, kelebihan amalan tradisional ini ialah:
  • Membuang angin dan memanaskan badan
  • Mengelakkan buasir
  • Memecah lemak badan
  • Menyegarkan badan
  • Membaik pulih sistem urat saraf
  • Mengurangkan sakit senggugut
  • Mengurangkan lenguh dan sengal badan

Langkah keselamatan ketika melakukan amalan tradisional ini

Walaupun amalan bertungku ini tampak tidak berbahaya, namun ada beberapa langkah keselamatan yang wajar anda ikuti. Antaranya ialah:
  • penerimaan kulit setiap individu adalah berbeza, pastikan anda tahu herba yang digunakan dan tidak mempunyai alergi terhadap herba tersebut.
  • pastikan membalut alat tungku dengan betul untuk mengelakkan melecur akibat terlalu panas
  • bagi ibu yang menjalani pembedahan czer, elakkan bertungku di kawasan jahitan. Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
  • sekiranya anda tidak pasti dengan cara yang betul, pastikan anda telah mendapatkan nasihat atau meminta orang yang pakar membantu anda
Sekarang lepas anda tahu segala kelebihan dan cara-cara tungku yang betul, jom sebarkan maklumat ini kepada wanita-wanita lain di luar sana.

Kredit to : The Asian Parents


Coretan Tanpa Sempadan
~Umi Ann~



No comments:

Post a Comment