Trip ke Kota Singa

Susah kami anak beranak dapat holiday sama-sama. Selalunya masa dan cuti yang ada kami peruntukan buat insan-insan kesayangan di sekeliling juga kekangan masa kerana kesibukan kerja. Kali ini alhamdulillah, Allah beri peluang buat kami spend time holiday bersama.



Sebenarnya tujuan trip ke Kota Singa ni sebab ayahWan terlibat dengan full 42km Marathon under Standard Chartered. Kata orang sambil menyelam minum air. Kami sepakat ambil cuti sama-sama supaya dapat bawa anak-anak happy-happy, jalan-jalan dan teroka dunia baru.



Mula-mula sampai Singapore, sesat sekejap..haha. Bukan sesat apa, tiba-tiba tak dapat nak roaming internet dan no signal untuk kami hubungi mak saudara dan cousin yang tinggal di sana. Tapi alhamdulillah, Allah gerakkan hati-hati kami, kami teruskan jalan sampai jumpa area yang mudah untuk kami ke destinasi.

Ramai yang membantu kami. Ada yang tunjukkan jalan, ada yang bagi kami cash card (card untuk parking di area rumah di situ) sebab cash card kami error..sadis!

At last, kami sampai ke rumah makcik untuk kami menetap selama 3hari di situ.







AbgLuqman dan KakakEshal tak pernah naik MRT, excitednya dorang bila 1st time dapat naik chu chu train (kata kakak Eshal) haha.

Antara tempat yang kami pergi, Universal Studio, Zoo, Sentosa, East Coast, ronda-ronda jalan kaki cari tempat makan dan macam-macam lagi. New experience buat anak-anak. Best!

Banyak tempat tak dapat singgah sebenarnya. Yang pasti abgLuqman tak puas jalan di zoo, sebab zoo nya besarrrrr. Next time in shaa Allah ya sayang.

Next jika ada rezeki dan peluang, memang nak holiday lagi. Tak puas tauu (mak dan anak kaki jalan) hahahaha!



And tq very very much to my auntie & cousin coz melayan kami, bawa kami jalan-jalan, melayan kerenah budak-budak bertiga tuuu dan belanja kami makan..syukran!

Alhamdulillah, quality time buat kami. Umi sayanggggggg semuanya 💖

Tq Allah.


Coretan Tanpa Sempadan
~Umi Ann~



No comments:

Post a Comment