Hari Ke3 Abg Luqman Kuarantin HFMD


Malam tadi bawa semula Luqman jumpa Doktor. Tinggi suhu badan abg. Doktor terpaksa masukkan ubat punggong dan tuam kepala serta badan tangan abg semua untuk redakan panas. Check tekak, penuh dengan jangkitan. Badan pun dah mula banyak nampak merah². Sebab tu lah siangnya tu abg menangis² badan dia tak selesa, sakit², mulut pedih, merah² tu dah makin banyak.

Kat rumah memang larangan keras dikuarantinkan dari adik² dia. Tidur pun kena asingkan. Baju², cawan, sudu, pinggan abg semua umi asingkan. Setiap kali umi pegang awak, umi pastikan umi akan basuh tangan sebab umi sedaya upaya untuk elakkan dr orang lain pulak yg kena especially kakak Eshal dan baby Lashira dan setiap kali baby nak pegang abg, nak main² dengan abg, abgLuqman akan menangis sebab dia taknak adiknya berjangkit. Touching!


Hari ni abgLuqman kena ikut umi pergi work sebab ada kerja² yg sedang menanti untuk disettlekan. Awal pagi umi dah suruh abg berendam dalam air garam. Kumur air garam. Biar kuman² tu cepat mati. Jahat betul kuman ni sebab buat anak umi sakit, antara sakit yg paling teruk abg kena selepas chicken pox.

Kesian abg, layu aje tunggu umi. Sabar betul anak umi tunggu walau dalam keadaan lemah mcm tu. Sorry bang, umi no choice. Dua² perlukan umi. Whateverpun, tq soooo much sebab sabar tunggu umi. Esok kita singgah kedai dua ringgit ya.

Hari ni abg kurang makan. Umi masak sup ayam hari ni. Dia tengok je adik dia Eshal makan. Kalau tak, berlawan² dia dengan adik dia hirup sup. Allah tarik sekejap nikmat makan anak umi. Dengan umi sekali tak tertelan makanan tengok keadaan awak.

"Abg nak makan ayam, tapi mulut abg sakit"

Aduhai anak...

Malam ni umi tuam² badan kepala ketiak abg. Menangis² dia cakap taknak. Sejuk.


"Cukuplaa umi..abg taknak..cukuplaa.."

Umi buat² hati kering dan guna kuasa veto, "Kalau abg taknak duduk hospital, abg dengar cakap umi"

Kenapalah virus ni zalim sangat....


Coretan Tanpa Sempadan
~Umi Ann~


No comments:

Post a Comment