Lashira Turns 1

..dia hadir atas kuasa Yang Maha Esa.



Allah beri rezeki buat kami suami isteri, anugerah dan tanggungjawab baru untuk dijaga rapi.

Alhamdulillah, tanggal 20 Oktober 2016, jam 1.30 pagi, lahir seorang mujahidah, anak ke3 ku bersama suami tercinta. Mudahnya Ya Allah melahirkannya, boleh dikira berapa kali push..hehe.

Syukur suami sentiasa menemai sepanjang berada di labor room hingga terlelap menanti detik-detik manis itu.


Bila dikenang moment melahirkan Lashira, terngiang-ngiang detik cemas bilamana uri ku sangkut sejurus Lashira dilahirkan.

Keluar tanda time office hour. Balik, masih mampu drive dan ambil anak-anak di sekolah, terus bagitau suami yang aku dah keluar tanda darah. Suami macam ia atau tidak. Ehh boleh ekk gitu, anak dah 3 tapi tetap musykil-musykil..huhu.

Sempat lagi balik tu aku basuh baju, mandi, makan, gosok baju-baju anak. Agak-agak rasa sette semua, tinggalkan Luqman dan Eshal pada sepupu, terus suami berdezup ke Hospital Sultan Ismail.

Debar jangan cakap walau dah masuk anak ke3 sebab ini 1st time ku urus sendiri tanpa arwah ibu. Mana nak fikir nak bersalin, mana nak fikir siapa yang urus dan hantar abg dan kakaknya sekolah. Yelah, hati seorang mak kan..Berserah hanya pada Allah yang 1.

Lepas register, suami tunggu luar sementara nurse siap-siapakan kelengkapan di labor room.

9.30 malam ready dah di labor room. Nampak kelibat suami masuk labor room tu jek, rasa lega dan semangat nak meneran sekejap lagi. Ingat nak amek gambar ke apa tapi suami tak bagi. Dia kata nanti nurse marah..kihkih. Kelako pulak rasa.

So dipendekkan cerita, kontraksi pun datang semakin kerap dan kerap. Oh ok, anak umi dah hampir melihat dunia.

Sakit? Orang gila jek cakap tak sakit tapi nurse cucuk epidural utk redakan sakit. Alah, sakit jugak kalau cucuk pun..heh.

Push, push, push dan push terakhir, kedengaran suara merdu puteri bongsu ku dan suami. Pergh! Lega wei rasa masa tu. Terus nurse letak atas perut untuk skin to skin sambil tekan perut untuk keluarkan uri.

Tekan, tekan, tekan, berapa kali dah nurse termasuk doktor menekan-nekan perut ku untuk mengeluarkan uri, tapi tak berjaya. Sakitnya jangan cakaplah. Suami diminta tunggu luar dulu.

Lantas, Doktor menyarankan agar aku terus dihantar ke bilik bedah dengan segera untuk mengeluarkan uri. Kalau lambat keluarkan boleh mati weiiiiii.

Hah?! Nak kena bedah ke aku ni? Aduhhh...

Doktor kata, mereka akan seluk tangan untuk mengeluarkan uri tu. Aku akan dibius separuh badan.

Seluk dengan tangan??? Berapa besar tangan nak seluk tuuuu..Allahhhhh...

Mamai aku sign form, ntah betul ke tak sign aku tu. Tak nampak suami ketika itu, mungkin menunggu di luar dan ketika dalam perjalanan ke bilik bedah, aku dah pengsan. Pengsan ke tidur ke ntahlah tak pasti sebab kesan dari ubat edipural yang diberi masa kontraksi sedang berlangsung.

Antara dengar atau tidak, nama aku dipanggil oleh nurse-nurse di bilik bedah. Mereka takut aku tak sedar diri. Allah...aku tak tahu dah apa yang berlaku ketika itu dan aku tak pasti keadaan aku saat itu masa sesi mengeluarkan uri. 

Bila aku buka mata, aku nampak 1beg darah tergantung di sisi dan tiub, tambah darah yg dah banyak hilang, dan jam menunjukkan 7.30 pagi. Fuh, bernafas lagi rupanya. Nurse kata selesai semua, aku dimasukkan dalam wad jam 4.30pagi. Dari 1.30pagi sampai ke 4.30pagi, 2jam setengah aku kat bilik bedah tu. Tak tahulah macam mana keadaan aku masa tu, yang penting semua dah selamat. Syukran.



Kepala senoneng, pening dan kepala rasa berat. Aku pandang beg baju aku di sisi, nak bangun capai tak larat sangat-sangat. Toleh-toleh lagi, nampak baby tengah tidur dalam coat sebelah aku.

Jam 8pagi, suami sampai. Aku terus minta hphone. Kebetulan pulak bateri kong, so minta suami bagitau office yang aku dah selamat melahirkan seorang puteri yang comel dan gebu gebas.

Manalah tak senoneng, aku dimaklumkan oleh nurse bahawa aku kehilangan 1.4liter darah ketika dan saat-saat uri diseluk untuk dikeluarkan.

1.4liter???

Allah......😭

Nasib panjang umur lagi, kalau tak, janda berhiaslah en suami..eh..kahkah!

Sayangnya Allah pada aku....

Dan saat bila dapat menyusukan Lashira buat pertama kali, Ya Allah, hanya KAU saja yang tahu perasaan aku masa tu.


Nurul Khairin Lashira bte Mohd Herwan nama diberi, yang membawa maksud, Cahaya Kebaikan yang Bijaksana.

Terima qaseh Allah..terima qaseh..terima qaseh atas rezeki ini dan terima qaseh en suami atas segala pengorbanan. Alhamdulillah.



Lashira, umi ucapkan happy birthday untuk kamu baby. Semoga kamu membesar menjadi anak yang solehah, penyejuk hati umi, ayah, abg dan kakak serta semua orang di sekeliling kamu, dan semoga kamu membesar menjadi anak yang hebat, kaya berjaya dunia akhirat.

Umi, ayah, abang, kakak sayang kamu sampai kita semua masuk syurga sama-sama. Stay cutie ya sayang 💖


Coretan Tanpa Sempadan
~Umi Ann~




No comments:

Post a Comment