Kisah Duit RM1

Pagi ni abgLuqman minta duit, kebiasaannya memang dia minta walaupun kat sekolah dah dapat pakej makan. Katanya abg lapar, makan tak puas. Ya, bila perut dah semakin besar, akan sentiasa lapar 😂



"Umi, abg nak duit"
"Umi bagi abg seringgit ya"
"Ala, kalau macam tu umi bagi 5 ringgit lah"
"No, banyak sangat. Umi ada seringgit jek. Nak taknak? Kalau taknak umi nak beli kuih"
"Emm..takpelah, umi amek je duit tu. Abg taknak. Umi ameklah beli kuih"
"Betul ke.."
"Betul..takpe.."

"Abg sure" (sambil ambil tangan dia untuk selit duit seringgit tu).
"Eh takpelah umi, abg taknak..betul.."

Sunyi sekejap sambil putung kuku luqman sementara nak lepaskan dia masuk sekolah.

"Abg syg umi?"
"Sayang"
"Sayang ayah, eshal, baby?"
"Sayang.."

"Ok dah siap, nak makan nanti jangan lupa basuh tangan, baca bismillah"

Salam, umi kiss abg, umi selit pesanan seperti setiap pagi sebelum abg masuk gate sekolah.
.
.
Dia yang semakin memahami. Duit seringgit ni umi tak sampai hati nak beli kuih. Umi masuk tabung abg ya.

Umi touching pagi ni. Ada yang touching juga ke..hihi.

Dah, lap your tears. Kita sambung kerja ya. Tarik nafas, hembus slow².

Bismillahirrahmanirrahim .


Coretan Tanpa Sempadan
~Umi Ann~




No comments:

Post a Comment