Segalanya Tentang Cinta..
Anniversary
Genap 8tahun usianya.
Baru lapan tahun, baru jek lagi, many years to go bebeh.
Banyak lagi onak ranjau kehidupan berumahtangga yang belum kita lalui.
Selama 8tahun ini, baru sikit cabarannya walau perlbagai ujian kita tempuhi. Macam-macam..adakala hampir menggegarkan Arash..Allah..rasa terobek bila diingati semula. Sungguh!
Subhanallah..tak sangka kan. Allah lanjutkan usia perkahwinan kita lagi dengan dikurniakan 3orang cahayamata penyeri mahligai dan penyejuk hati tatkala amarah menerpa.
Ku panjatkan kesyukuran pada Mu ya Allah atas kurniaan ini.
Jagakanlah hati-hati kami berdua agar terus utuh bersama, bercinta bersama hingga ke syurga abadi Mu Ya Allah.
Ku mohon pada Mu Ya Allah, agar aku dapat menjadi ketua bidadari di syurga Mu atas didikan dan redha suami ku.
Ya Allah, aku bukan yang sempurna untuk dia tapi kami disatukan untuk menyempurnakan antara 1 sama lain. Untuk lengkap melengkapi antara 1 sama lain.
Masukkan kami ke syurga Mu bersama Ya Allah. Ku ingin dia suamiku memimpin erat tangan ku menuju dunia abadi yang indah di sama.
Ya Allah, andai kata suatu hari nanti ada di antara kami pergi dulu, Kau simpanlah cinta ini selamanya Ya Allah. Biar 1 dunia tahu bahawa aku isterinya cinta dia sampai mati.
Coretan Tanpa Sempadan
~Umi Ann~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment