Sup ayam Qaseh sayang

Hari ni masak sup ayam buat seisi rumah manis. Sup yang baby Lashira pun boleh makan sekali.

Bahan²nya :

Bawang merah
Bawang putih
Halia
Bunga lawang
Kulit kayu manis
Cengkih, biji pelaga
Ayam, tulang² pun lagi bagus, banyak khasiat
Kentang (nak letak blh, taknak pun boleh)
Tomato (sama macam kentang)
Daun saderi (yg ni tak dapat nak cari)

Cara²:

Tumis bawang² sekalian dan halia beserta set² kulit kayu manis dan rakan².
Masuk air, kentang, ayam dan tulang temulang.
Dah empuk, masukkan tomato dan daun saderi. Garam secukup rasa.

Owh, garam ni, akak guna Garam Mineral Qaseh. Banyak khasiat, makanan lambat basi dan jimat.

Reneh..reneh..reneh.
Lepas tu dah boleh makan dengan bahagianya.

Untuk Lashira, akak campurkan bubur dia dengan kuah sup tu tadi, campur kentang dan ayam sikit. Blend kasi halus. Khasiat berganda dengan adanya, kulit kayu manis, ayam, daun saderi, dan bahan² lain.

Kuah buat banyak, so orang lain boleh hirup. Untuk Lashira, akak buatkan stok ayam, nanti babysitter Lashira masak boleh campur dengam stok ayam ni.


Mudah kan?

Buat 1hidangan, semua orang boleh makan.

Nak cuba ke?

Selamat mencuba ya 😉


Coretan Tanpa Sempadan
~Umi Ann~





No comments:

Post a Comment