Segalanya Tentang Cinta..
13 Permintaan Anak..
Ada 13 permintaan ANAK yang mungkin tidak pernah mereka ucapkan :
1. Cintailah aku sepenuh hatimu.
2. Jangan marahi aku di khalayak orang ramai.😡
3. Jangan bandingkan aku dengan kakak, abang, adikku atau orang lain.👐
4. Ayah dan bonda jangan lupa, aku adalah fotocopimu.
5. Kian hari umurku kian bertambah, maka jangan selalu anggap aku anak kecil.🙇
6. Biarkan aku mencuba, lalu beritahu aku apabila salah.🏃
7. Jangan ungkit-ungkit kesalahanku.🙈
8. Aku ialah Ladang Pahala bagimu.🎁
9. Jangan memarahiku dengan mengatakan hal-hal buruk, bukankah apa yang keluar daripada mulutmu sebagai orang tua ialah doa bagiku?😔
10. Jangan melarangku hanya dengan mengatakan "JANGAN" tetapi berilah penjelasan kenapa aku tidak boleh melakukan sesuatu.😇
11. Tolong ayah ibu, jangan rosakkan mentalku dan pemikiranku dengan selalu kau bentak-bentak aku setiap hari.
12. Jangan mengheret aku ke dalam masalahmu yang tidak ada kaitannya denganku. Kau marah sama yang lain, aku imbasnya.
13. Aku ingin kau sayangi dan cintai kerana engkaulah yang ada dalam kehidupanku dan masa depanku.
*"SEMOGA BERMANFAAT, BAGI PARA ORANG TUA DAN BAKAL IBU BAPA"*
Coretan Tanpa Sempadan
~Umi Ann~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment