Hari ini masak asam pedas di rumah kak ida......
Guna Garam Qaseh.
Apa garam qaseh ni?
Cer klik warna pink Garam Qaseh tuuuu ..hehe
Dan owh, ni serba sedikit resepi Asam Pedas Kebabom yang boleh saya kongsikan. Resepi turun temurun. Jom baca.
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Kunyit
Serai
Lada kering
Ikan (kalau ikut menu ni, saya guna ikan selar besar)
Bendi
Daun Kesum
Air asam jawa
Garam
Gula
Cara-cara buat :
(Bahan A) Bawang merah, bawang putih, halia, kunyit, serai dikisar sama. Asingkan dalam 1bekas.
(Bahan B) Lada kering (basuh, rendam dengan air panas selepas dibuang biji, jika tak nak pedas), dikisar hancur dan diasingkan juga dalam 1bekas yang lain.
Panaskan minyak, tumis Bahan A hingga naik bau kemudian tumis bahan B, kacau rata hingga lada agak-agak masak.
Masukkan daun kesum.
Kemudian masukkan air asam jawa, kacau rata.
Kemudian masukkan garam, gula, kacau rata.
Kemudiam masukkan bendi, biarkan seketika,biar lembut.
Kemudian baru masukkan ikan. Jangan tunggu lama kerana dikhuatiri ikan akan hancur dan lembek.
Itu sahaja. Kot ada penambahan sendiri, boleh aje untuk tambah kerana tekak rasa lain-lain kan. Tapi so far alhamdulillah, asam pedas ni ramai yang puji (Cewah).
Semoga bermanfaat ya.
Coretan Tanpa Sempadan
~Ummi Ann~
No comments:
Post a Comment