Need To Restart

Perlu bermula semula..

Need to Refresh.


Coretan Tanpa Sempadan
~Umi Ann~



Kerlip Mengerlip SWAROVSKI





























Cantik kan?

Harga serius MAMPU MILIK.

Ada waranti 3bulan dan certificate Swarovski.

Nak ke?

Meh whatsapp terus kita www.wasap.my/60177979454/wowSWAROVSKI!


Coretan Tanpa Sempadan
~Umi Ann~



2 Sibyamul Iman Tempat Kedua Pertandingan Nasyid MTI 2018

Abg Luqman dan kawan-kawan sekelasnya menang pertandingan nasyid MTI. Dapat nombor 2. Tempat pertama murid-murid darjah 5.

Tahniah ustazah dan anak² 2 Sibyanul Iman.

Tahniah anak bujang umi ayah, Muhammad Khair Luqman.

Syukran! 






Coretan Tanpa Sempadan
~Umi Ann~


Majlis Ilmu Dr Zubaidi Hj Ahmad


Pada 28 Mac 2018, saya berkesempatan untuk hadir ke majlis ilmu bersama Dr Zubaidi Hj Ahmad tentang Kolestrol dan Minyak Zaitun.

Sedikit perkongsian yang dapat dibuat di sini buat tatapan semua.

Apa itu KOLESTROL?

Kolestrol adalah sebatian bar minyak yang didapati dalam setiap sel ditubuh kita. Kita perlukan untuk membuat hormon dan membantu penyerapan nutrien terutama Vitamin A, D, E, K.

Banyak didapati dari makanan berasaskan haiwan seperti kuning telur, daging merah dan keju.

Terlalu banyak kolestrol bersama dengan sebatian lain akan menyebabkan 'plagne' yang melekat pada dinding saluran darah arteri.

Proses ini dinamakan 'atherosclerosis' yang akan menyebabkan masalah 'corony artery disease' dan akhirnya menyebabkan serangan jantung.

Jika ingin DETOX :

1. Perlu hentikan segala makanan yang tidak berkhasiat. Dalam erti kata lain, kena PANTANG.

2. Minum air yang cukup untuk proses keluarkan toksin.

3. Makan suplemen berasaskan makanan seperti Delima, Oren, Epal Hijau.


Info - digalakkan makan ikan laut kerana ikan laut makan secara natural (ia bebas untuk mencari makanan dan tidak terhad pada satu kawasan yang kecil) dan daging ikan-ikan laut penuh protien yang baik berbanding ikan kolam.

Info - digalakkan makan ayam kampung dan ayam yang tidak diletakkan dalam reban. Ayam yang duduk dalam reban tidak bebas mencari makanan dan terhad/tertumpu pada satu kawasan kecil sahaja.
Tidak digalakkan makan ayam biasa (bukan ayam kampung) yang dicucuk (injection) kerana ia boleh menyebabkan mandul.

Bagi mereka yang mempunyai KENCING MANIS dan KOLESTROL yang tinggi, elakkan amal makan/minum beras putih, gula putih dan tepung gandum.


Gula putih seeloknya tukar kepada STEVIA kerana stevia ZERO kalori dan sebab apa stevia?
Kerana untuk melatih lidah untuk tidak lebih merasa manis yang melampau.

Antara kelebihan banyak makan sayur-sayuran, ialah :

1. Menurunkan GULA
2. Menurunkan KOLESTROL
3. Mengurangkan KANSER


Dan sebab apa terjadinya KANSER?

Antaranya, kurang makan sayur dan banyak makan ayam.

Info - Kalau lapar, ketika sarapan, kurangkan makanan manis-manis. Kalau ambil makanan yang manis-manis, gula akan naik dengan cepat, insulin akan keluar dengan banyak dan menyebabkan kita cepat lapar.

Kelebihan MINYAK ZAITUN.

1. Dapat mengurangkan KOLESTROL.
2. Dapat menstabilkan GULA dalam darah.

Antara makanan/minuman yang boleh mengundang penyakit :

1. Teh tarik - susu yang manis akan menyebabkan gula tinggi dan elakkan ambil teh yang tinggi pewarnanya.

2. Sosej - akan menyebabkan kanser darah, leukimia kerana mengandungi pewarna, pengawet dan perasa yang tinggi.

3. Air Coke - gula yang sangat tinggi

4. Sardin/Makanan dalam Tin - makanan jenis tak natural (makanan proses)

5. Jajan - bahan perasa, garam, pewarna yang tinggi.


Makanlah suplemen banyak dan bagus macam mana pun, kalau tak jaga pemakanan, kolestrol tetap tidak akan turun dan banyakkan makan makanan yang natural (bukan fast food, bukan makanan yang diproses, dll)


Akhir sekali, perlu ingat :

1. Apa yang perlu kita makan
2. Apa yang perlu kita tambah
3. Apa yang perlu kita buang

Semoga ia memberi manfaat pada semua.


Coretan Tanpa Sempadan
~Umi Ann~



Hora Horey Bersama Anak-Anak Hebat Umi Ayah

Aktiviti cuti sekolah umi bawa anak-anak tengok wayang Konsert Hora Horey sementara ayah kena bekerja. Seronok masing-masing. Mana tak nya, tak pernah tengok wayang kan. Kata kak Saera, 1st time tengok wayang duduk kat tangga..haha!

Sempoi kan..hihi.

"Umi, nanti kita tengok wayang lagi boleh?"

"Umi, eshal pun sama"

"Boleh tapi promise, kena rajin tolong umi, exam markah bagus, umi akan work kumpul duit lagi, in shaa Allah kita boleh pergi lagi"

Buat mereka happy, in shaa Allah ada rezeki buat mereka.

Esok dah mula sekolah, abg ada exam KAFAT. Semoga dipermudahkan semuanya buat anak umi.
And thank you kak Saera sebab teman kami 










Coretan Tanpa Sempadan
~Umi Ann~


A Fun Day With Science and Scratch : Programming For Kids


Cuti sekolah Mac ini abg Luqman berkesempatan untuk join program A Fun Day With Science and Scratch : Programming For Kids anjuran Fakulti Sains Universiti Teknologi Malaysia selama 2 hari.

Banyak aktiviti menarik yang anak umi ni belajar dan boleh dipraktikkan seharian. Abang belajar buat origami, sabun, buat programming di lab komputer fakulti. Wow! New experiences!



Seronoknya umi tengok tapi abang lebih seronok bila bff abang pun join sekali program ni iaitu Alauddin.

Haha!


Time majlis penutup, ada diselitkan sesi soal menyoal anak-anak. Nak tengok, dorang ni fokus atau tak sepanjang program berlangsung dan ada hadiah menanti..wow!

Umi paksa abang ke depan untuk jawap soalan. Abang berani ke depan tapi jawapan kurang tepat lah pulak.

Its ok, umi tak kisah betul atau salah, yang penting kena berani ke hadapan dan ada keyakinan diri untuk mencuba. That's is the most important thing bebeh! 😘

Majlis penutup yang happening. Happening dengan suara anak- anak sekitar usia 7tahun hingga 12tahun 😁



Alhamdulillah, jika ada masa dan kesempatan lagi, in shaa Allah umi sedaya akan selitkan apa sahaja aktiviti untuk abang join, untuk cari pengalaman, upgrade skill and built up your confidence level.

Tq Allah 💖


Coretan Tanpa Sempadan
~Umi Ann~