Isteri mengandung = hormone imbalance
Isteri bersalin = hormone imbalance
Isteri period = hormone imbalance.
Isteri undergo family planning method = hormone imbalance.
Hormone imbalance pada perempuan boleh memgakibatkan:
= kegemukan
= perut membuncit
= kedinginan seks
= tekanan perasaan
= period yg berpanjangan
= masalah tidur
= jerawat
= keputihan
= keguguran rambut
Mengandung, bersalin dan masa haid adalah frasa normal kehidupan seorang wanita. Tidak mampu kita nafikan fitrahnya.
Merancang keluarga pun nak pakai hormone wanita?
Bila istihadah berminggu2, suami pandai merungut
Bila isteri jadi gemuk, suami masih merungut
Bila isteri naik jerawat, suami naik jelik.
Kalau tak nak isteri terima side effect dari kaedah perancang, suami kenalah berkorban.
Jangan fikirkan "keselesaan" diri sendiri semata2. Tetapi yang menanggung bebanan isteri keseorangan.
Tak luak pakai kondom.
Kalau susah sangat....teruslah ikat je. (Vasectomy)
Mengapa pula wanita perlu diikat bagai lepas berhempas pulas mengandung dan melahirkan anak2 anda?
Dahlah isteri dalam pantang hormone tak balance lagi. Sibuk suruh pakai
iucd/pil/ implanon bagai. Sy kesian melihat mereka celaru hidup bila
hormon tak menentu.
Buat wanita yang TERPAKSA pakai perancang,
pastikan anda catu pemakanan yang mampu menyumbang kepada ketidak
seimbangan hormone.
Antara jenis2 makanan yang menyumbang kepada ketidakseimbangan hormon ialah :
1. Makanan berasakan soya
2. Ayam dan ikan bela (pakai dedak hormon / soy base)
3. Makanan yg ada dye (pewarna ) makanan kerana ia menggangu fungsi endokrin (tempat penghasilan hormon)
4. Bahan2 dairy. Amalan susu yang extreme.
Antara makanan2 yang membantu mengimbangi hormon wanita ialah
1. Ikan laut dalam
2. Ayam kampung
3. Bahan diproses dari kelapa
4. Ghee
5. Kuning telur
6. Badam
7. Sayur2an berwarna hijau gelap cth brokoli asparagus.
8. Keladi
9. Pucuk2 ulam
10. Herba dan rempah ratus seperti kulit kayu manis, kunyit, cili, buah pelaga, bawang putih, halia, bunga lawang, etc2 -
Diharapkan suami2 faham. Bila isteri disua dgn alat2 perancang ini, isteri terpaksa hidup dalam keadaan tidak menentu.
Wanita dikuasi hormon. Siuman atau tidak seorang wanita bergantung pada
hormon. Jangan pelik bila isteri mula berperangai lain selepas
menjalani beberapa kaedah perancang. Tak semua kaedah sesuai dgn semua
orang.
Saya pengamal pil perancang lebih 2 tahun satu masa
dahulu. Tiba2 separuh badan saya rasa kebas. Bila sy check dgn pakar,
darah saya telah menjadi pekat. Doktor tersebut berkata nasib sy cepat
sedar. Sbb dikhuatiri blh menjadi minor stroke.
Sejak dari itulah sy kaji dan saya lihat kesan perancang kepada wanita banyak buruk dari baik.
Harap para suami lebih bertimbang rasa.
Coretan Tanpa Sempadan
~Umi Ann~
No comments:
Post a Comment